Tuesday, May 8, 2018
VIDEO MENU MAKANAN
JOM LIHAT VIDEO INI :
.......SINI.......
SAMBAL UDANG PETAI
BERGEDIL DAGING
AYAM MENTEGA
LEMAK LABU PUTIH IKAN BILIS
SAYUR CAMPUR
SOTONG SUMBAT PULUT KUAH LEMAK
AYAM MASAK MERAH
IKAN SIAKAP 3 RASA NYAM2
LEMANG PERIUK KERA
NASI BERIANI DAGING
SPAGHETTI BOLOGNAISE
MACARONI CHEESE
MACARONI BEEF CHEESE
MUSHROOM SUP
KUIH TEPUNG BUNGKUS
PUDING DIRAJA
PUDING KARAMEL
SAGU GULA MELAKA
GULAI NANGKA
DAGING SAPI LADA HITAM
NASI DAGANG
KUIH SERABAI
PORTUGUESS RGG TART
APPLE PIE
MEE REBUS
SAMOSA
KEK KARROT
BUBUR SUM-SUM
KETAM MASAK LEMAK
BOTOK-BOTOK IKAN
BOTOK-BOTOK IKAN
BAHAN-BAHAN:
* 5 EKOR IKAN KEMBUNG (DIBERSIHKAN) *
BAHAN KISAR HALUS :
4 ULAS BAWANG PUTIH
8 BIJI BAWANG MERAH KECIL
1 INCI HALIA
1 INCI KUNYIT HIDUP
3 BIJI BUAH KERAS
6 BATANG SERAI
1/2 INCI LENGKUAS
1 KIUB PATI IKAN BILIS
BAHAN LAIN :
1/2 CAWAN PATI SANTAN
2 SUDU BESAR KERISIK
2 SUDU TEH JU ASAM JAWA
3 SUDU BESAR REMPAH KARI IKAN
2 HELAI DAUN KUNYIT
1 GENGGAM PUCUK DAUN KESUM (DIHIRIS HALUS)
2 SUDU KECIL GULA
1 SUDU KECIL GARAM
BAHAN LAPIS :
DAUN PISANG
PUCUK UBI, BETIK, BUAS,MENGKUDU
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Satukan bahan kisar dengan bahan lain, kecuali bahan
dihiris halus.
Masak dalam kuali sehingga bahan jadi pekat. Kemudian,
masukkan bahan hiris dan gaul hingga rata. Matikan api,
angkat dan ketepikan.
* Ikan dibersihkan dan di potong dua setiap seekor@
boleh juga letak seekor terus. Lumur dengan sedikit
garam
dan ketepikan sebentar. Sesudah itu, siapakn sehelai daun
pisang berukuran (10x10). Letakkan bahan lapis diatas
daun pisang.
* Selepas daun pisang telah dilapis, letakkan sedikit
rempah
diatasnya dan diletakkan ikan.
* Boleh diisi lagi rempah dan daun-daun tersebut diatas
ikan. Ratakannya.
* Kemudian, bungkus dan sematkan kiri dan kanan daun
pisang dengan lidi.
* Kukus di atas air yang mendidih selama 20-30 minit
Monday, May 7, 2018
KERABU SOTONG
KERABU SOTONG
BAHAN-BAHAN :
400GM SOTONG
1 ULAS BAWANG BESAR -DIMAYANG
1 BIJI TOMATO -DIPOTONG DADU
1 BIJI LADA MERAH
3 BIJI CILI PADI
3 BATANG SERAI
2 KUNTUM BUNGA KANTAN
4 TANGKAI DAUN KESUM
5 SUDU BESAR SOS IKAN
6-8 BIJI LIMAU KASTURI - AMBIL AIR PERAHAN
GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Celur sotong seketika dengan air panas dan kemudian
toskan. Hiris nipis-nipis
* Bahan-bahan kerabu dihiris nipis-nipis
* Masukkan sotong yang telah dihiris dan semua bahan lain ke
dalam mangkuk.
* Gaulkan hingga sekata. Siap untuk dihidangkan.
KERABU PUCUK PAKU KAMPUNG
KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN :
400 GRAM PUCUK PAKU (POTONG DAN CELUR HINGGA
MASAK - TOSKAN)
BAHAN TUMBUK
1 CAWAN KELAPA PARUT
1/2 LABU BAWANG BESAR (MAYANG)
4 BIJI LIMAU KASTURI (PERAH JUSNYA)
1 SUDU TEH GARAM
1 SUDU TEH GULA
3 ULAS BAWANG PUTIH (GORENG)
5 BIJI BAWANG MERAH (GORENG)
10 BIJI CILI PADI MINYAK
3 SUDU MAKAN UDANG KERING (RENDAM HINGGA LEMBUT)
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Campurkan bahan tumbuk dengan kelapa parut. Gaul sebati.
* Masukkan
pucuk paku dalam sebuah bekas.
Campurkan kelapa parut yang telah digaul tadi,
bawang besar,
garam, gula dan jus limau kasturi.
* Gaul dan boleh terus dihidangkan
CARA BUAT KULIT TART NYAM-NYAM
CARA BUAT KULIT TART
BAHAN-BAHAN :
TEPUNG GANDUM
1 CAWAN GULA/AISING
1 BUTTERCUP
1 BIJI TELUR
1 SUDU ASEN VANILA
SECUBIT GARAM
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Masukkan tepung, butter, garam dan gula. Gaul sebati
* Masukkan pula telur dan asen vanila, gaul sehingga menjadi doh
* Menggunakan bekas acuannya masukan adunan menjadi
bentuk kulit tart.
* Bakar kulit tart selama 3minit. Boleh masukkan
topping didalamnya.
SATU ADUNAN ROTI BOLEH BUAT PELBAGAI JENIS
CARA-CARA MEMBUAT DOH ROTI
BAHAN-BAHAN :
500GM TEPUNG ROTI
1 SUDU TEH BREAD IMPROVER
1 SUDU TEH BREAD SOFTNER
1 BIJI TELUR
60GM BUTTER
100GM AIS
150GM AIR BIASA
11GM YIS KERING
SECUBIT GARAM
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Satukan semua bahan ke dalam mixer
* Putar adunan sehingga doh menjadi elastik apabila tarik
* Boleh buat pizza, roti dengan adunan roti ini...
AISKRIM CHOKICHOKI DAN CUMICUMI
AISKRIM MALAYSIA
BAHAN-BAHAN :
CHOKI ATAU SUMI
1 SUSU PEKAT
1 SUSU CAIR
4 CAWAN AIR BIASA
1/2 TEPUNG JAGUNG
SECUBIT GARAM
PLASTIK AISKRIM
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Masukkan susu cair dan gaulkan selama 5 minit
* Masukkan susu pekat, garam dan tepung jagung
* Kacau dan masukkan air biasa hingga pekat
* Biarkan sejuk
* Masukkan choki @ sumi di dalam plastik dan masukkan susu
dimasak tadi didalamnya. Dan ikat plastik aiskrim
* Sejuk kan selama beberapa hari ( lihat pada kesejukkan
peti ais)
BAHAN SALUT KEK
1. BUTTERCREAM
Buttercream adalah krim yang diperbuat daripada campuran butter, krimwell, gula aising dan asen vanilla. Ada juga bakeri yang mencampurkan adunan buttercream dengan sedikit shortening. Krim jenis ini sangat sesuai untuk semua jenis kek terutamanya butter kek. Jika pelanggan mahu menempah untuk majlis kenduri, adalah dicadangkan krim jenis ini kerana iainya murah, dan sedap dimakan serta tidak mudah cair apabila terkena cahaya matahari. Keburukannya juga boleh mudah comot, tidak tahan akan suhu yang panas, dan tidak sesuai jika mahu dibawa dalam perjalanan yang jauh.
2. FRESH CREAM NON DAIRY
Fresh cream ini adalah sejenis krim yang cair. Bila dipukul barulah iainya menjadi kental. Selalunya kek yang menggunakan fresh krim(pride value) jenis ini ialah kek black forest. Tahan pada suhu bilik dan tidak perlu campur apa-apa lagi kerana ia sememangnya manis. Kaedahnya, tuang keluar dari kotak dan terus pukul sampai kental. Dan ketakkan saja diatas kek dan ratakan. Fresh krim ini rasanya lebih sedap,sejuk, tidak memuakkan cuma tidak tahan kepada suhu panas kerana mudah cair serta harganya lebih mahal.
3. WHIPPING CREAM (DAILY)
Whipping cream sama jenis dengan fresh cream. Bezanya, krim ini lebih tawar dan mempunyai rasa susu UHT. Krim ini bukan digunakan untuk topping. Tetapi untuk digunakan dalam membuat Ganache, Tiramisu, dan Cheese Tart Filling. Jika terlebih pukul, krim akan mudah mencair smula. Sebaiknya terus simpan di dalam peti ais.
4. CREAM CHEESE FROSTING
Cream cheese frosting ini sebenarnya adalah adunan butter cream cheese, gula dan vanila. Pukul sampai kembang dan simpan dahulu didalam peti ais. Bila sudah sedikit keras, keluarkan dan letak diatas kek. Itulah yang dipanggil ''frosting''. Krim ini sangat sesuai untuk semua jenis kek terutamanya kek Red Velvet dan Kek Carrot Walnut. Malangnya, krim ini tidak tahan lama dan mudah cair jika berada ditempat yang panas. Jika terlampau lama diluar kek akan menjadi masam.
5. FONDANT TOPPING/SUGAR PASTE
Pelanggan perlu tahu yang krim jenis fondant ini memang tidak sedap untuk dimakan. Kek jenis fondant amat sesuai untuk hantaran kerana ia tidak perlu disimpan di dalam peti ais. Yang penting adalah perlu jaga kek ini supaya tidak ''berpeluh''. Jika berpeluh, fondant akan mencair. Harga kek jenis ini memang agak mahal. Sekilogram kek jenis fondant mencecah RM250 dan ada juga yang lebih mahal dijual dikedai-kedai kek. Lihat pada hiasan, saiz kek, dan perisa.
SPEGHETTI AGLIO OLIO
SPEGHETTI AGLIO OLIO
BAHAN-BAHAN :
500 G SPAGHETTI
1 KG SEAFOOD (UDANG, SOTONG DAN KEPAH)
1 CAWAN MINYAK ZAITUN (OLIVE OIL)
3 ULAS BAWANG PUTIH (DIHIRIS)
3 SUDU BESAR CHILI FLAKES
3 SUDU BESAR OREGANO FLAKES
3 SUDU BESAR PARSLEY FLAKES
1 SUDU KECIL LADA HITAM
1 SUDU KECIL GARAM
1 KIUB PATI AYAM
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Rebus spaghetti sehingga lembut dan toskan. Dalam periuk
lain, rebus seafood sehingga hampir masak dan toskan.
Jangan buang air rebusan seafood ini.
* Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sehingga
kekuningan. Jangan sampai hangit. Masukkan 1 senduk
air rebusan seafood.
* Masukkan oregano, parsley dan chili flakes, lada hitam,
garam dan pati ayam. Masukkan spaghetti dan seafood.
* Kacau hingga sekata.Siap untuk dihidangkan.
SPEGHETTI CARBONARA
SPAGHETTI CARBONARA
BAHAN-BAHAN :
100GRAM SPAGHETI
150GRAM DAGING CINCANG
1 SENDUK MAKAN TEPUNG TERIGU
1 SIUNG BAWANG PUTIH, (CINCANG HALUS)
1/4 BIJI BAWANG BOMBAI, (CINCANG HALUS)
25GM KEJU CHEDDAR, (PARUT)
500ML AIR
2 SENDUK MAKAN MINYAK SAYUR
1 BATANG SELEDRI, CINCANG HALUS UNTUK TABURAN
150ML SUSU CAIR
1/4 SENDUK TEH GARAM
1/4 SENDUK TEH LADA HITAM
2 SENDUK MAKAN MARGERIN, UNTUK MENUMIS
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Masukkan spaghetti dalam air mendidih, masak hingga matang.
Setelah matang, angkat dan beri minyak sayur kemudian sisihkan.
* Masukan margerin dalam kuali, tumis bawang bombai dan
bawang putih hingga harum. Tambahkan daging cincang.
kacau sampai berubah warna. MasuKkan juga tepung terigu
kacau hingga berubah warna. Matikan api.
* Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil di kacau hingga rata.
Nyalakan api. Tambahkan garam, lada hitam,
* Masukkan spaghetti dan keju parut, kacau hingga rata
* Angkat dan sajikan dengan taburan seledri cincang.
Sunday, May 6, 2018
JUS MERAH DELIMA
JUS DELIMA
BAHAN-BAHAN :
1 BIJI BUAH DELIMA
200ML AIR MASAK/MINERAL
1 SUDU MADU ASLI
AIS KIUB JIKA INGIN SEJUK
CARA-CARA MEMBUATNYA :
* Mula-mula, cuci buah delima menjadi bersih
* Belah buah delima kepada dua bahagian dan ambil isinya
* Masukkan biji buah delima, ais kiub di dalam pengkisar dan
tambahkan madu dan air
* Kisar sehingga halus
* Masukkan semuanya ke dalam tapis(asingkan air dan hampas
biji delima)
* Siap untuk dimasukkan di dalam cawan. SIAP UNTUK DINIKMATI..
Subscribe to:
Posts (Atom)