Monday, May 7, 2018

BAHAN SALUT KEK




1. BUTTERCREAM

    
         Buttercream adalah krim yang diperbuat daripada campuran butter, krimwell, gula aising dan asen vanilla. Ada juga bakeri yang mencampurkan adunan buttercream dengan sedikit shortening. Krim jenis ini sangat sesuai untuk semua jenis kek terutamanya butter kek. Jika pelanggan mahu menempah untuk majlis kenduri, adalah dicadangkan krim jenis ini kerana iainya murah, dan sedap dimakan serta tidak mudah cair apabila terkena cahaya matahari. Keburukannya juga boleh mudah comot, tidak tahan akan suhu yang panas, dan tidak sesuai jika mahu dibawa dalam perjalanan yang jauh. 



2. FRESH CREAM NON DAIRY

            Fresh cream ini adalah sejenis krim yang cair. Bila dipukul barulah iainya menjadi kental. Selalunya kek yang menggunakan fresh krim(pride value) jenis ini ialah kek black forest. Tahan pada suhu bilik dan tidak perlu campur apa-apa lagi kerana ia sememangnya manis. Kaedahnya, tuang keluar dari kotak dan terus pukul sampai kental. Dan ketakkan saja diatas kek dan ratakan. Fresh krim ini rasanya lebih sedap,sejuk, tidak memuakkan cuma tidak tahan kepada suhu panas kerana mudah cair serta harganya lebih mahal. 

3. WHIPPING CREAM (DAILY)

                 Whipping cream sama jenis dengan fresh cream. Bezanya, krim ini lebih tawar dan mempunyai rasa susu UHT. Krim ini bukan digunakan untuk topping. Tetapi untuk digunakan dalam membuat Ganache, Tiramisu, dan Cheese Tart Filling. Jika terlebih pukul, krim akan mudah mencair smula. Sebaiknya terus simpan di dalam peti ais.



4. CREAM CHEESE FROSTING

                     Cream cheese frosting ini sebenarnya adalah adunan butter cream cheese, gula dan vanila. Pukul sampai kembang dan simpan dahulu didalam peti ais. Bila sudah sedikit keras, keluarkan dan letak diatas kek. Itulah yang dipanggil ''frosting''. Krim ini sangat sesuai untuk semua jenis kek terutamanya kek Red Velvet dan Kek Carrot Walnut. Malangnya, krim ini tidak tahan lama dan mudah cair jika berada ditempat yang panas. Jika terlampau lama diluar kek akan menjadi masam.



5. FONDANT TOPPING/SUGAR PASTE

                         Pelanggan perlu tahu yang krim jenis fondant ini memang tidak sedap untuk dimakan. Kek jenis fondant amat sesuai untuk hantaran kerana ia tidak perlu disimpan di dalam peti ais. Yang penting adalah perlu jaga kek ini supaya tidak ''berpeluh''. Jika berpeluh, fondant akan mencair. Harga kek jenis ini memang agak mahal. Sekilogram kek jenis fondant mencecah RM250 dan ada juga yang lebih mahal dijual dikedai-kedai kek. Lihat pada hiasan, saiz kek, dan perisa.




2 comments:

  1. Nampak familiar kek happy mothers day tu

    ReplyDelete
  2. Apakah icing yg menggunakan telur putih tu tidak perlu dimasak ? Dan tidak hanyir?

    ReplyDelete