KEK SPAN BIRTHDAY
KEK SPAN
BAHAN-BAHAN :
4 BIJI TELUR GRED A
180GM GULA HALUS
170GM TEPUNG KEK
70GM AIR
5GM BAKING POWDER (1 SUDU TEH)
15GM OVELLETE
50GM MINYAK JAGUNG/MASAK
1 SUDU TEH ESEN VANILLA
CARA-CARA MEMBUAT :
* Masukkan semua bahan kecuali minyak
* Putar dengan mesin pemutar dengan perlahan
* Ratakan bahan-bahan agar semua sebati
* Bila bahan rata, tukar kelajuan dan putar hingga gebu dan
ringan
* Tuangkan minyak dan putar sekejap sahaja hingga hilang
minyak
* Kacau dengan spatula sampai rata minyak itu
* Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapik kertas kek
dan disapu butter di sekeliling loyang
* Panaskan oven selamat 10minit, dan bakar kek selama
30-35minit
* Apabila sudah masak keluarkan dalam oven, sejukkan
5minit dan toreh ditepi loyang untuk keluarkan kek span
* Sejukkan kan boleh gunakan kek span sebagai kek hari jadi
No comments:
Post a Comment