Saturday, May 5, 2018

KENALI LOGO HALAL


     Pernah tak anda mengalami masalah ''susah untuk mencari makanan halal'' sewaktu melancong ke luar negara terutamanya di negara-negara bukan Islam. Walaupun ada makanan di luar negara tersebut mempunyai cop halal tetapi masih ada rasa ragu-ragu untuk membelinya terutama di super market. Kini, buat pengetahuan masyarakat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi pengiktirafan kepada 66 badan pensijilan halal di luar negara dari 40 buah negara. 
     Ini menunjukkan negara di dunia hari ini sentiasa merujuk kepada Malaysia dalam konteks pensijilan halal kerana Malaysia memenuhi semua kriteria dan standard yang diperlukan antarabangsa. 
     Pengiktirafan ini diambil kira dalam semua aspek baik dari segi pematuhan syariah, kebersihan,kesucian dan keselamatan. Logo halal ini akan membantu mereka yang berada di luar negara untuk mendapatkan makanan yang halal serta mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. 



1. Logo berbentuk bulat
2. Mempunyai perkataan halal bertulisan jawi ditengah-tengah logo
3. Mempunyai perkataan HALAL dibawah tulisan jawi
4. Mempunyai bintang berbucu 8 berwarna putih ditengah logo 
5. Mempunyai perkataan MALAYSIA
6. Mengandungi dua bentuk bintang kecil yang terdapat pada 
    permulaan dan akhir perkataan 
    MALAYSIA
7. Terdapat perkataan Malaysia bertulisan jawi
8. Diluar bintang 8 bucu mempunyai sedikit kawasan latar belakang 
     berwarna hitam
9. Logo halal hanya mempunyai 2 jenis warna iaitu hitam dan putih
10. Segala perkataan jawi dan rumi didalam logo hanya  
      menggunakan font seperti yang  ditunjukkan
      di dalam gambar logo diatas.


CIRI-CIRI LOGO YANG TIDAK DIIKTIRAF

No comments:

Post a Comment